Catatan

entri #14: Kesal Seorang Ibu Yang Bekerja

Anakku maafkanlah ibu meninggalkamu setiap pagi melepaskan pelukanmu ketika kau ingin bermanja di meja ini mengadap kertas-kertas di meja ini mengadap tugas-tugas sesekali terganggu oleh matamu yang redup sesekali terpanggil oleh suaramu yang sayup Sekecil itu aku sudah meminta pengertianmu yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup. - Zurinah Hassan

entri #13: Peludah Bahasa

Imej
Ketika lahir jeritnya amat mesra-hening suara bayi pertama. Neneknya pengagum hikayat Tuah membisik iktibar ke telinganya. Datuknya pencinta Siti Zubaidah bersyair merdu ke qalbunya pula. Doa dan janji di sanubari inilah cucunya kebanggaan dasa- insan harapan kerdip pertama yang bakal bersinar sebagai pendakwah. Ketika bertatih di sisi buaian gelincirnya cepat disantunkan. Ayah dan ibunya cekal berazam anak termanis di hemah Ramadan. Diasuh ia menjadi wira dan tidakpun dikira ke bidang mana. Pada hembusan angin di bukit amat merdu terdengar ia menjerit: Penyegar budi pilihan pertama, penyemai bakti di qalbu desanya. Ranum di dalam dan di luar negara menjalar akar benih ilmunya; pergaulannya alam tak berbatas bertingkat cepat dirinya ke atas. Pada kempen “bersih-cekap-amanah” terhantar ia ke tampuk kuasa; masih diingat pesan nenek tentang Tuah; saran datuk tentang Zubaidah. Sebaik menyingsing SatuMalaysia mula terbelah percik mimpinya. Tapi, ku...

entri #12: Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta) Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu ...

entri #11: Dunia Tanpa Judul

      Dunia ini tampak berbeza dari mata setiap orang. Bagi seorang yang mempunyai hidup yang sempurna, dunia ini amatlah cantik dan indah. Bagi seorang yang tidak mempunyai hidup yang tenang, dunia ini seolah-olah sedang menjatuhkan dia. Dan bagi seorang yang sedang berusaha, bertungkus-lumus untuk menjadikan hidupnya lebih baik, dunia ini kelihatan susah untuk didiami.   Namun, apa yang membezakan seseorang individu dari individu yang lain? Apa yang membuatkan individu tersebut untuk meneruskan hidup, walaupun di bibir mereka hanya mengandungi keluhan? Bagi saya, jawapannya subjektif. Tiada jawapan yang betul atau salah. Ianya bergantung kepada individu. Ianya bergantung kepada hati individu.   Dunia ini adalah tanpa judul. Apabila kita membaca buku, kita membaca judulnya dahulu sebelum membuka dan membelek muka suratnya, bukan? Dari situ kita dapat gambaran apa yang bakal berlaku dalam buku tersebut. Namun, realiti bukan transparen. Realiti bukan plot...

entri #10: Hari Ibu

   Seperti yang kita tahu, sambutan Hari Ibu sedunia jatuh pada hari minggu kedua bulan Mei setiap tahun. Kita meraikan sambutan ini dengan tujuan menghargai dan mengapresiasi jasa dan budi para ibu terhadap kita sejak kita bayi lagi. Sebagai seorang anak yang baik, kita mesti terdetik hendak membeli hadiah yang punya nilai kepada ibu kita. Malah, ada segelintir juga yang membuat sesuatu produk dengan hasil tangan sendiri, memberi barang tersebut nilai yang lebih tinggi.   Namun begitu, janganlah kita terlalu taksub dalam meraikan Hari Ibu dan menayangkan kasih sayang kita secara berlebihan di media sosial. Kita hendaklah sentiasa prihatin dan bersikap rasional dalam sambutan kita. Terdapat sesetengah rakan kita yang mungkin telah kehilangan ibu mereka, tidak kira bertahun lepas ataupun kebelakangan ini. Seyogianya kita meletakkan insan-insan seperti ini yang telah kehilangan sumber kasih seorang ibu dalam doa kita, agar mereka kekal tabah dalam mengharungi hari-hari se...

entri #9: titisan hujan februari

angin sepoi-sepoi bahasa awan gelap menutupi langit basah rintik hujan turun ke muka akhirnya mereka turun hujan gerimis, dititah mencurahkan makhluk bumi memberkati tanah gersang februari. - cherryline ar

entri #8: mahligai malam

seusai kerja duniawimu bertapaklah ke kebun mawarku di sini aku berada menyediakan segenggam kebahagiaan di sini dibungkus sekarung emas kesedihan di sudut hati gundahku lahap segala kekayaan kepunyaanmu jangan tertinggal apa-apa wang, emas, perak, gangsa, rumah, kereta, ketamakan inginku menangisi rantaian mutiara tidak terkira nilainya membina sebuah mahligai mewah didiami seorang puteri seorang puteri tidak ternilai kecantikan namun disumpah nyawa tidak dapat merasai erti kebahagiaan, erti cinta, erti persahabatan akan tetapi, malam keseribu menjelang, sang puteri dibebaskan dari kemelut sumpahan dan akhirnya dibakar cahaya nur syurga datanglah ke kebun mawarku dan akan kau mendapat nikmat bukan kekayaan duniawi, bahkan kekayaan syurgawi kekayaan segala kekayaan, nikmat segala nikmat. - cherryline ar