entri #1: Masyarakat Minda Kelas Ketiga

Apakah yang dikatakan sebagai masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas ketiga? Apakah perbezaannya dengan mentaliti kelas pertama? Adakah mentaliti masyarakat kita di Malaysia berada pada tahap yang pertama atau ketiga? Ramai orang sering membuka mulut dan melontarkan istilah minda ketiga terhadap sesama sendiri, maka di sini ingin saya perjelaskan dengan lebih teliti tentang isu ini. Mentaliti tahap ketiga boleh dikatakan sebagai sesuatu perbuatan atau cara pemikiran yang berada yang sangat teruk. Ianya sesuatu yang dipandang serong dan diejek oleh masyarakat bukan lokal yang berkunjung ke tanah air kita, tidak kira untuk mengejar kepuasan ilmu, menikmati waktu cuti atau bekerja. Rata-rata masyarakat bukan lokal menyuarakan pendapat mereka bahawa rakyat Malaysia tidak mencerminkan sikap seorang rakyat negara membangun. Seperti pepatah yang dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, " Malaysia has first-class facilities but third-class mentality "...