entri #1: Masyarakat Minda Kelas Ketiga
Apakah yang dikatakan sebagai masyarakat yang mempunyai mentaliti kelas ketiga? Apakah perbezaannya dengan mentaliti kelas pertama? Adakah mentaliti masyarakat kita di Malaysia berada pada tahap yang pertama atau ketiga? Ramai orang sering membuka mulut dan melontarkan istilah minda ketiga terhadap sesama sendiri, maka di sini ingin saya perjelaskan dengan lebih teliti tentang isu ini.
Mentaliti tahap ketiga boleh dikatakan sebagai sesuatu perbuatan atau cara pemikiran yang berada yang sangat teruk. Ianya sesuatu yang dipandang serong dan diejek oleh masyarakat bukan lokal yang berkunjung ke tanah air kita, tidak kira untuk mengejar kepuasan ilmu, menikmati waktu cuti atau bekerja. Rata-rata masyarakat bukan lokal menyuarakan pendapat mereka bahawa rakyat Malaysia tidak mencerminkan sikap seorang rakyat negara membangun. Seperti pepatah yang dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, "Malaysia has first-class facilities but third-class mentality". Adakah ini progres yang hendak dicapai ke arah merealisasikan Wawasan 2020? Semestinya tidak, bukan?
Maka, apa yang hendak dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk lari dari gua mentaliti tahap ketiga dan terbang masuk ke metropolitan mentaliti tahap pertama? Kadang-kadang, perbuatan yang kita sangka kecil dan remeh dapat memberi perbezaan yang amat ketara. Jika usaha perubahan ini berterusan, sudah pasti ia akan menampakkan perbezaan sekarang.
1. Pembuangan Sampah
Menurut akhbar Utusan bertarikh 7 Januari 2017, Malaysia mencatat penghasilan sampah sehingga 37,000 tan setiap hari. Angka ini bila dikumpul dalam skala setahun, ianya meningkat secara drastik sehingga mencatat 13.5 juta tan setiap tahun. Selain itu, kos perbelanjaan untuk menguruskan semua sampah tersebut mencecah RM2.2 bilion setahun, perbelanjaan yang dapat dilabur dalam sektor pendidikan namun digunakan untuk menguruskan masalah sampah negara yang seharusnya dapat diselesaikan jika rakyat berubah.
Sekolah-sekolah yang wujud di negara ini sememangnya ada mengimplementasi pendidikan moral dan sivik sebagai salah satu silibus yang perlu diajar kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Namun, mengapa masalah pembuangan sampah masih kekal malah semakin teruk? Adakah guru yang bermasalah atau pelajar enggan menerima ilmu yang hendak disampaikan? Ataupun ibu bapa tidak tegas dalam menerapkan adab dalam anak-anak mereka sehingga mengabaikan kepentingan sikap yang sering dipandang oleh masyarakat kita? Muhasabah diri seharusnya dilakukan.
2. Adab Trafik
Adalah menjadi lumrah kebanyakan masyarakat Malaysia untuk mengambil lesen memandu tetapi masih tolol akan adab semasa berada di atas jalan raya. Sangat ketaralah masyarakat menghadiri kelas memandu untuk mengambil lesen semata-mata namun tidak mengendahkan ilmu yang disampaikan semasa kursus memandu. Sikap ini mencerminkan minda tahap ketiga.
Apabila berada di simpang lampu isyarat, kebiasaannya masyarakat Malaysia mempunyai fikiran begini: hijau untuk teruskan perjalanan, merah untuk berhenti, kuning untuk tekan minyak, pandu laju. Perbuatan ini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah nyawa pengguna jalan raya lain juga terpengaruh. Kesalahan ini hendaklah dibendung agar tidak menyusahkan pihak lain pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, terdapat masih banyak masyarakat Malaysia juga tidak mengambil tahu akan peraturan penggunaan lintasan belang pejalan kaki. Jenis lintasan belang jalan kaki ini terdiri daripada dua jenis: lintasan belang berwarna putih dan berwarna kuning. Maka, timbul persoalan apakah maksud kedua-dua warna ini kepada pejalan kaki dan pemandu?
Sebenarnya, lintasan belang pejalan kaki yang berwarna putih ini bermaksud pemandu wajib menghentikan kenderaan untuk pejalan kaki. Sementara itu, lintasan belang pejalan kaki yang membawa warna kuning pula punya sedikit perbezaan. Jika nampak lintasan belang berwarna kuning, bak kata masyarakat moden "first come, first serve", iaitu jika pejalan kaki sampai dahulu, maka pemandu hendaklah memberi jalan kepada pejalan kaki. Begitu juga sebaliknya: jika pemandu sampai dahulu maka pemandu diberi keutamaan dan pejalan kaki hendaklah berhenti dan tunggu sehingga kenderaan berlalu.
Pokoknya, kita hendaklah berusaha untuk mengambil tahu perkara yang dilalui kita setiap hari dan bukan hanya ikut suka hati sanubari kita kerana ianya bukanlah satu perbuatan yang mencerminkan pemikiran tahap ketiga. Betullah kata pujangga "ikut hati mati, ikut rasa binasa".

Ulasan
Catat Ulasan