entri #2: "Ibu Yang Kusayang" Sharifah Hasnah Abdullah

Terdapat sebuah buku yang saya baca pada hari Rabu tipikal dan meletihkan. Ketika saya menyentuh setiap bingkai buku yang terdapat di perpustakaan kampus, tanganku terhenti di satu bingkai buku nipis. Aku meramas seketika bingkai buku tersebut sebelum menarik lembut buku itu dari tempatnya. Judul buku itu "Ibu Yang Kusayang" tulisan Sharifah Hasnah Abdullah. Wajah seorang wanita yang senyum lembut dan seorang budak lelaki memakai baju kuning terpampang di muka hadapan buku. 




Sharifah Hasnah Abdullah dilahirkan pada 12 Disember 1934 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Perempuan Temenggong Ibrahim (Inggeris) Batu Pahat. Pada tahun 1955, beliau lulus Senior Cambridge, mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Kirby, Liverpool, England. Setelah pulang ke tanah air, beliau mengajar di Keluang, Johor, Teluk Datuk, Banting, Selangor, Sekolah Menengah Perempuan Petaling Jaya dan akhir sekali di Sekolah Menengah Convent Sentul Kuala Lumpur.

Pada tahun 1968, beliau mula menceburkan diri dalam dunia penulisan dengan memasuki Peraduan Mengarang Cerita Kanak-kanak Dewan Bahasa dan Pustaka. Karyanya "Ibu Yang Kusayang" memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1978.

Ketika saya membaca buku ini, perasaan kasihan bercampur sendu muncul menyelubungi diri. Tulisan Sharifah dalam buku ini lebih fokus kepada audiens kanak-kanak dan beliau menyelitkan banyak nilai-nilai murni dan pengajaran dalam penulisan beliau. Di bawah merupakan ulasan yang saya dapati setelah menelaah dan menghayati buku ini:

Plot

Azlan merupakan seorang pelajar tingkatan satu yang berasa tertekan apabila mendapat tahu bahawa emaknya akan berkahwin lagi. Untuk menunjukkan rasa protesnya, dia bercampur gaul dengan budak-budak nakal dan bersikap kurang ajar dengan emak dan mak longnya. Tindakannya itu menyebabkan emaknya berada dalam keadaan serba salah. Kemudiannya telah berlaku berbagai perkara di atas Azlan dan emaknya. 

Di sekolah, Azlan sering diprovok oleh Karim dan Mohan, budak-budak yang terlibat dalam penagihan dadah. Setelah Azlan menjauhkan diri daripada rakan-rakannya Nizam, Tina dan Liza, dia mula berkawan dengan Mail, Aziz dan Rahim, budak-budak yang emaknya anggap nakal dan jahat. Azlan berkawan dengan mereka dan mula berjinak dengan rokok. Azlan juga mula berlaku biadap terhadap emaknya dan Mak Long kerana dia tidak mahu ibunya berkahwin. 

Dalam cerita ini, Azlan telah memutuskan tali telefon yang sudah ditores oleh pisau untuk melepaskan ketidakpuasan hatinya terhadap bakal suami ibunya. Namun, apabila bakal suami ibunya yang digelar Encik Bahaman melayan Azlan dengan baik, Azlan berfikir dua kali. Dia senang dengan dengan personaliti Encik Bahaman. Bahkan Encik Bahamanlah orang yang menyelamat Azlan apabila Azlan hampir mati lemas di sungai berdekatan dengan rumah Encik Bahaman.

Akhirnya, Azlan menerima Encik Bahaman dan anaknya ke dalam keluarga dan membenarkan ibunya berkahwin dengan Encik Bahaman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

entri #1: Masyarakat Minda Kelas Ketiga

entri #12: Guru Oh Guru