Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

entri #3: Sinestesia

kulitku dapat merasai belaian lembut si angin timur bau masin lautan tenang menusuk ke dalam hidungku lidahku kelu membisu pabila mataku menerokai sehingga ke kaki langit setiap yang kurasa, kurasa dengan warna pelangi aku melihat biru tatkala daun bergeseran di pohon kelapa aku melihat kuning bercampur oren tatkala burung berkicauan merah ungu memeluk tubuhku tatkala kanak-kanak ketawa keriangan apa erti bahagia jika tiadanya kewujudan warna? kakiku terbenam ke dalam pasir pantai apabila air laut menyapa jari-jemari kakiku dengan riang aku ketawa dengan riang warna bunga api meletus. - cherryline ar

entri #2: "Ibu Yang Kusayang" Sharifah Hasnah Abdullah

Imej
Terdapat sebuah buku yang saya baca pada hari Rabu tipikal dan meletihkan. Ketika saya menyentuh setiap bingkai buku yang terdapat di perpustakaan kampus, tanganku terhenti di satu bingkai buku nipis. Aku meramas seketika bingkai buku tersebut sebelum menarik lembut buku itu dari tempatnya. Judul buku itu "Ibu Yang Kusayang" tulisan Sharifah Hasnah Abdullah. Wajah seorang wanita yang senyum lembut dan seorang budak lelaki memakai baju kuning terpampang di muka hadapan buku.  Sharifah Hasnah Abdullah dilahirkan pada 12 Disember 1934 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Perempuan Temenggong Ibrahim (Inggeris) Batu Pahat. Pada tahun 1955, beliau lulus Senior Cambridge , mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Kirby, Liverpool, England. Setelah pulang ke tanah air, beliau mengajar di Keluang, Johor, Teluk Datuk, Banting, Selangor, Sekolah Menengah Perempuan Petaling Jaya dan akhir sekali di Sekolah Menengah Convent Sentul Kuala Lumpur. Pad...