entri #4: Malam Pentas Seni Budaya '19
lampu spotlight menyinari di setiap pelosok pentas
aku genggam sinaran dengan debaran
mata melilau mencari keyakinan
akhirnya hanya memandang ke arah harapan

muzik bergema di dalam dewan
aku tarik nafas dalam
ya tubuhku, geraklah ikut alunan rima nota
setiap mata rakan penari aku tatap
gembira dapat meluahkan perasaan
girang dan bahagia saat badan bergerak
mengikut irama sekian lama didengari
saat sebelum pentas dinaiki
debaran jantung dirasai
solekan di muka mulai menutupi
setiap kecacatan, setiap kepenatan
muzik kian rancak
nafas kian kurang
sikit sahaja lagi
sikit sahaja lagi
buatlah yang terbaik
buatlah yang terbaik
saat muzik mencapai not terakhir
selesailah sudah tanggungjawab yang dipikul
setiap rakanku aku peluk erat
seerat hubungan yang telah terjalin antara kita
aku tidak menjangka kemenangan
aku tidak menjangka anugerah
namun pabila nama universiti diumumkan
air liur langsung kering
adakah ini perasaannya
perasaan usaha yang membuahkan hasil
lega, gembira, terharu
latihan hingga subuh akhirnya ditebus
nama Universiti Putra Malaysia diagungkan
walaupun hanya Naib Johan dan menang busana terbaik
aku bersyukur
aku bersyukur
aku bersyukur
- cherryline ar
Ulasan
Catat Ulasan